Monday, May 31, 2010

HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS DI WET WORLD BATU PAHAT

Tarikh: 27 Mei 2010
Masa : 7.00 pg - 6.30 petang
Tempat: Wet World Batu Pahat dan Taman Organik Air Hitam
Peserta: Murid, Guru dan PPM SK LKTP Pasir Raja dan SK LKTP Bukit Besar
Objektif: 1. Mengeratkan silaturrahim di antara warga pendidikan khas dan keluarga
murid
2. Menimba pengalaman dan berseronok melancong bersama rakan, guru dan
keluarga
3. Mengisi program tahunan kelas pendidikan khas bagi tahun 2010
Aktiviti: 1. Berkumpul di SKPR dan menuju ke SKBB
2. Bertolak ke Wet World Batu Pahat
3. Sampai di Wet World dan mengikuti program hari keluarga yang telah
diaturkan oleh pihat Wet World
4. Bermain air dan makan tengahari
5. Bertolak ke Taman Organik untuk mengenali tumbuh-tumbuhan yang terdapat
di sana.
6. Bertolak ke Bandar Air Hitam (singgah)membeli-belah sebelum bertolak
pulang.

Friday, May 7, 2010

Murtabak Crackers

Tarikh: 07.05.2010
Masa : 8.00 - 9.30 pagi(Kemahiran Hidup)
Tempat: Kelas Pendidikan Khas
Tahap : Murid Tahap 1 dan 2
Aktiviti: 1. Guru menerangkan tentang bahan dan alatan (tunjuk dan sebut)
2. Agihan tugas (memotong, mencuci bahan dan alatan,menyediakan makanan,
menghidang dan membersihkan tempat selepas aktiviti berakhir)
3. Demonstrasi oleh guru
4. Pelaksanaan aktiviti
5. Amalan kebersihan dan keselamatan serta menjamu selera.
Hasil pembelajaran: Murid kenal bahan dan alatan, boleh bekerjasama,mendengar arahan dan menjaga kebersihan kelas selepas aktiviti dijalankan. Murtabak yang dihasilkan sedap dan murid-murid gembira melaksanakan aktiviti.

Saturday, April 24, 2010

TRANSISI MEMBUAT CROSSTICH

Tarikh: Mengikut Jadual
Masa : Waktu Kemahiran Hidup (Seminggu 2 kali)
Tempat: Kelas Pendidikan Khas
Tahap : Murid tahap 1 dan 2 (kelas 1)
Aktiviti: 1. Murid diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh semua guru yang terlibat.
2. Guru menanda pada petak yang akan dijahit crosstich
3. pelaksanaan aktiviti dengan bimbingan guru.

Belajar menaiki bas awam dan membeli belah di Giant, Kulai

tarikh: 22 April 2010
Masa: 9.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat berkumpul: PDK Bukit Besar
Aktiviti:
1. menunggu bas
2. menaiki bas dan bayar tambang
3. membeli belah di Giant

Friday, March 5, 2010

post pertama

sk pasir raja pendidikan khas terdiri daripada 2 orang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 8 orang murid. diharapkan blog ini dapat beri manfaat pada semua..